CD TEKNIK ARUHAN DAN PEMBIAKAN IKAN AIR TAWAR

CD TEKNIK ARUHAN DAN PEMBIAKAN IKAN AIR TAWAR
Hanya RM 50
Hubungi En.Azizi/ En.Suria- 0193310855/ 016-3094950/ 012-3515973 untuk keterangan lanjut atau email ke prestasi_agro@yahoo.com.my
BERMINAT:
- Bank in ke Akaun :PRESTASI AGRO FARM
- No Akaun : 562508507098 (MAYBANK)
Selepas bayaran dibuat sila SMS nama, tarikh bayaran dan tarikh kursus.

Khamis, 10 Disember 2009

PERINTIS AGRO FARM selaku anak syarikat kumpulan mengucapkan tahniah kepada Perintis Dagangan Sdn Bhd kerana berhasil mengeluarkan produk herba BIOMANIS terbaru di pasaran.

Berikut adalah keratan akhbar agrobiz UTUSAN MALAYSIA mengenai produk terbaru ini

BIOMANIS pemanis berasas herba


Perintis Dagangan kini boleh berbangga dengan produk keluaran terbarunya BioManis.


TARIKH 14 November setiap tahun adalah Hari Diabetes Sedunia. Menurut statistik, kini penyakit akibat bahaya gula telah menjadi penyumbang kedua terbanyak kepada angka kematian.

Gula juga turut digelar sebagai sweet killer' (manis yang membunuh) oleh sesetengah pakar perubatan.

Lebih memeranjatkan, dengan tabiat dan trend pemakanan masa kini, hampir semua orang berusia 30 tahun ke atas berisiko mengalami diabetes yang sehingga kini tidak mempunyai sebarang ubat yang boleh mengubati penyakit itu sepenuhnya.

Melihatkan betapa seriusnya peningkatan pesakit diabetes ini, Perintis Dagangan Sdn. Bhd. (Perintis), sebuah syarikat yang telah lama terlibat dalam kajian dan pembangunan hasil pertanian ini telah mengeluarkan produk BioManis.

BioManis merupakan sejenis pemanis semula jadi yang berasaskan 100 peratus ekstrak daun pokok Stevia gred A+ dengan kadar kemanisan 400 kali ganda dari kemanisan gula tebu.

Tetapi apa yang unik mengenai BioManis ini ialah ia tidak mempunyai kalori, lemak, kolesterol, protein, glukos karbohidrat dan tidak toksik kepada badan.

Penasihat produk dan kesihatan bagi Biomanis ini terdiri daripada dua orang doktor iaitu Dr. Abdullah Sipat, seorang pakar bioteknologi dan Dr. Hazimi Hamzah seorang doktor perubatan.

Hasil kajian penyelidik syarikat ini menunjukkan bahawa segelas gula biasa bersamaan dengan satu sudu BioManis (ekstrak stevia) dan sebotol Biomanis 10 gram (g) boleh memaniskan kira-kira 400 gelas air dan satu pek keluarga BioManis boleh memaniskan hidup anda selama hampir setahun.

Para saintis merumuskan ekstrak stevia yang diambil secara oral adalah berkesan untuk membantu menurunkan tekanan darah dan gula dalam badan.

Memandangkan stevia tidak menghasilkan glukos maka ekstrak ini mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik untuk diabetes. Pengambilan stevia yang konsisten dan kerap dalam menggantikan gula tidak akan memudaratkan memandangkan sifat daun pokok tersebut yang sifar segalanya .

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perintis, Norzana Rafie, selain daripada khasiat dan kelebihan semula jadi secara biologi yang terkandung di dalam BioManis ini, proses pembuatan produk ini disulam dengan beberapa khasiat dan kebaikan secara metafizik dengan bacaan 30 juzuk Al-Quran, ayat dan selawat Syifa', doa-doa mustajab dan terbaik dari al-Quran dan hadis, Asma al-Husna dan banyak lagi.

''Ia bagi menambahkan keberkatan dan keberkesanan penggunaan produk ini sesuai dengan peranan BioManis sebagai pemanis semula jadi terbaik,'' ujarnya.

BioManis telah melalui beberapa ujian kadar gula dalam darah dan mendapati kesan yang amat menakjubkan kerana ujian ke atas kadar gula selepas dua jam menunjukkan kadar gula adalah sama seperti sebelum meminum produk berkenaan.

Ini jelas membuktikan dengan menggunakan BioManis ke dalam air, ia tidak menambahkan kadar glukos dan kalori dalam darah.

Semua orang yang mengamalkan BioManis juga boleh membuat ujian darah sendiri sekiranya ingin mendapatkan pengesahan dan menambah keyakinan.

Produk Biomanis ini dijual dalam botol 10 g dan setiap satu Pek Keluarga (family pack) mengandungi lima botol (10g) pada harga RM200 sekotak.

Sistem pemasaran BioManis

Bagi merancakkan jualan dan pengetahuan masyarakat tentang BioManis, Perintis telah melancarkan program Minum Manis Dapat Duit.

Program ini adalah satu usaha untuk menarik orang ramai untuk menikmati manis yang menyihatkan dan menjana pendapatan sampingan dengan memperkenalkan BioManis kepada pengamal baru.

"Perintis membawa pelbagai kelainan dalam sistem pemasaran BioManis pada kali ini dengan memperkenalkan Sistem Pemasaran Berkesan (efficient trading system atau ETS).

Tiga kumpulan yang akan terlibat dalam program ini, iaitu Agen Tunggal Negeri, Agen Aktif dan Agen Biasa,'' kata Norzana lagi.

Konsep utama ETS iaitu sistem 'pembeli cari pembeli', semua pengamal dan pembeli satu kotak BioManis adalah merupakan Agen Biasa.

Tugas Agen Biasa hanya menjadi jurucakap produk dan membantu pembeli baru mendapatkan BioManis. Agen Biasa boleh berniaga tanpa modal dan tanpa risiko.

Mereka juga berpeluang menikmati komisen jualan sehingga tiga peringkat.

Manakala, Agen Aktif merupakan kelompok yang menjana pendapatan secara aktif. Agen Aktif hanya memerlukan modal pusingan yang rendah dan tiada penambahan modal.

Melalui aplikasi sistem top-up, Agen Aktif hanya perlu membuka akaun top-up Biomanis dan boleh membuat jualan tanpa had dan secara automatik layak menikmati pelbagai keistimewaan termasuklah komisen jualan tiga peringkat, insentif pencapaian bulanan, didaftarkan sebagai agen berdaftar daerah, dibantu dari segi promosi, diberikan laman web percuma dan banyak lagi.

Bagi pelantikan Agen Tunggal Negeri, antara negeri yang masing terbuka termasuklah Johor, Melaka, Perak, Pahang, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu. Agen Tunggal Negeri mempunyai hak komisen wajib ke atas semua jualan di negeri tersebut sama ada secara online atau offline melalui agen biasa atau agen aktif di negeri tersebut.

Perintis menyasarkan 100,000 pengguna BioManis pada tahun 2010 berikutan trend hidup sihat dan tahap kesedaran masyarakat terhadap bahaya gula.

Perintis juga merancang untuk menembusi pasaran antarabangsa menjelang akhir 2010 bermula dengan pasaran rantau Asia Tenggara.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat percuma BioManis, sila hantarkan nama penuh dan alamat ke talian hotline 017-6665006 atau layari www.perintisbiz.com.

( Boleh juga hubungi PAF 019-3310855/016-3094950)

Jumaat, 27 November 2009

BENGKEL JEMPUTAN GIATMARA



November 2009 bulan paling sibuk bagi PAF lantaran menerima undangan untuk mengendalikan bengkel pembenihan ikan keli undangan GIATMARA melalui syarikat A &WEALTH SOLUTIONS SDN BHD
  • GREEN PARK HOTEL, TEMERLOH - 30 peserta
  • KOMPLEKS RAKAN MUDA ,RAUB- 45 peserta
  • INDERAPURA LAKE RESORT, PEKAN-30 peserta
  • SOMMERSET RESORT ,ROMPIN-45 peserta

TERIMA KASIH kepada EN.AZMAN ABU BAKAR kerana membuka peluang PAF menurunkan ilmu di luar Kuala Lumpur.

Lebih 140 orang telah kami temui dan harap semua akan memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan mengorak langkah untuk menjadi usahawan keli pada 2010 nanti. INSYAALLAH...

Seperkara yang perlu kita ingat, untuk membuat anak keli memang mudah .Yang mencabarnya ialah bagaimana nak mengasuh anak benih pada usia 4 hari ke 10 hari. Tempoh inilah yang kerap menduga kesabaran kita.

Bagaimanapun dengan ilmu dan panduan yang tuan-tuan perolehi sepanjang kursus yang dihadiri dapatlah dimanfaatkan sebaik mungkin. Apa pun kena cuba dulu.....biar gagal berkali dan berjaya..dari tidak mencuba langsung.

Kesempatan ini juga PAF mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDIL ADHA kepada semua kenalan PAF terutamanya bekas peserta kursus sepanjang 2008 dan 2009.

InsyaAllah PAF akan mewar-warkan satu lokasi baru dimana semua bentuk latihan akan dijalankan awal 2010 nanti.

Kali ini kawasannya lebih luas...lebih santai....dan peserta berpeluang melihat sendiri apa yang dipelajari secara teori dan praktikal berada di depan mata.....

Jumaat, 2 Oktober 2009

CDR TEKNIK ARUHAN DAN PEMBIAKAN IKAN AIR TAWAR





Memahirkan diri dengan teknik pembenihan dan pembiakan ikan adalah satu kemestian bagi setiap penternak yang berhasrat untuk memaksimakan keuntungan dari hasil tuaian.

Bayangkan dengan tanggungan kos asas yang besar ditambah pula dengan harga makanan (pallet) yang tinggi, berbulan berpenat lelah tidak berbaloi apabila ikan yang matang terpaksa dijual dengan harga yang murah.

Inilah sebenarnya kemelut penternak kita hari ini.

Terpaksa membeli anak benih juga merupakan beban awal yang terpaksa ditanggung. Anak benih keli saiz 3 inci sahaja berharga antara 10-15 sen seekor. Bayangkan bekalan yang diperlukan untuk satu kolam tanah bersaiz 20x30. Paling kurang 10,000 ekor anak benih diperlukan. Dan ingat apabila dicampak ke kolam 30 peratus biasanya akan mati.

Menyedari akan hakikat inilah maka, Prestasi Agro Farm mengambil inisiatif menerbitkan CD yang menghimpunkan teknik-teknik pembenihan dan pembiakan bagi ikan KELI, PATIN, PUYU, BAUNG dan TILAPIA.

CDR ini memberi pengajaran terperinci kepada penternak untuk memahirkan diri membuat anak benih ikan sendiri tanpa mengeluarkan modal untuk membelinya dari pembekal.

Bermodalkan kurang dari RM40.00 dengan hanya mendapatkan ikan induk, lebih 20,000 hingga 40,000 ekor anak benih dapat dihasilkan. Kalau mati separuh pun masih berbaloi dari terpaksa membeli dari orang lain.





Lengkap dengan paparan gambar yang tersusun mengikut turutan proses , teknik ini mudah diikuti seumpama menghadiri kursus praktikal.

Tunggu apa lagi ! Mahirkanlah diri anda kalau mahu kedepan dalam industri ini.

Ilmu ini secara diam telah dimiliki oleh kaum lain berpuloh tahun lamanya.

Ajarlah anak-anak kita, supaya ilmu penternakan ini dapat diwarisi.


Sila hubungi En.Azizi/ En.Suria- 0193310855/ 016-3094950/ 012-3515973 untuk keterangan lanjut atau email ke prestasi_agro@yahoo.com.my

BERMINAT:
- Bank in ke Akaun :PRESTASI AGRO FARM
- No Akaun : 562508507098 (MAYBANK)
Selepas bayaran dibuat sila SMS nama, tarikh bayaran dan tarikh kursus.


Rabu, 5 Ogos 2009

BENGKEL 31 OKT LALU....




SYABAS KEPADA PESERTA
Bengkel Intensif Pembenihan Ikan Keli (Aruhan) 31HB Oktober 2009
Sesi latihan berjalan dengan lancar. Walaupun peserta tak ramai tapi berjalan dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

Kali ini peserta jauh-jauh. Ada dari Tawau, Sabah, Muar, Johor, Kedah dan Negeri Sembilan.

Alhamdulilah cuaca baik. Biasanya hujan pada sebelah petang. Terima kasih juga atas kehadiran Cik Zarini dari Kolej Komuniti Selayang yang menemani peserta dari KKS.

Kita akan anjur sekali lagi buat penutup 2009. Kursus akhir tahun ini anjuran bersama KKS dan Perintis Niaga Sdn Bhd.

Para peserta nanti bukan sekadar belajar membuat pembenihan, asuhan dan pembuatan makanan rega tetapi turut juga didedahkan dengan kaedah penternakan PRO ASLI yang menjimatkan penggunaan pallet, air tak berbau dan ikan berkualiti organik.
Lokasi biasalah ye...kat ladang PAC , Bukit Lagong, Selayang..



TARIKH: 22 NOV 2009 (Sabtu)
WAKTU : 9.00pgi-5.00 ptg

Yuran Penyertaan : RM 200.00 seorang (terhad kepada 20 orang peserta sahaja)

Kalau berminat:
Sila hubungi En.Azizi/ En.Suria- 0193310855/ 016-3094950/ 012-3515973 untuk keterangan lanjut atau email ke prestasi_agro@yahoo.com.my

BERMINAT:
- Bank in ke Akaun :PRESTASI AGRO FARM

- No Akaun : 562508507098 (MAYBANK)
Selepas bayaran dibuat sila SMS nama, tarikh bayaran dan tarikh kursus.

Sila bawa bersama slip pembayaran pada hari kursus sebagai bukti pembayaran.





Khamis, 30 Julai 2009





PUSAT PEMBENIHAN, PENGUMPULAN DAN PENJUALAN BENIH IKAN KELI ORGANIK

Menjenguk di ladang PAF anda berpeluang meninjau projek contoh bagi ternakan ikan keli yang menggunakan kaedah penjimatan kos pemakanan dan alternatif kepada penggunaan pallet.

Ternakan PRO ASLI yang diperkenalkan oleh syarikat induk PAF, Printis Agro Tech Centre terbukti membuka ruang alternatif kepada sistem permakanan ikan yang menjamin penjimatan kos pembelian makanan, kualiti air dan tempoh pematangan ikan yang singkat.

Kualiti anak benih yang dikeluarkan adalah terjamin kerana PAF juga menternak induk yang asalnya dari anak benih yang diasuh sendiri.


Anak benih ikan keli bersaiz 3 inci dijual dengan harga 12 sen seekor bagi pesanan kurang dari 50 ribu ekor. Selebihnya boleh dirunding.
Lebih 200,000 ekor anak benih berjaya dihasilkan setiap minggu.
Tempahan anak ikan wajar dibuat 1 minggu lebih awal bagi membolehkan
kerja-kerja pembenihan dijalankan.
TIPS
  • Sebelum memulakan usaha ternakan ikan keli, pastikan anda mempunyai ilmu asas ternakan .
  • Walaupun nampak mudah, namun jika tanpa ilmu, usaha yang mudah akan menjadi payah kerana ketandusan pengetahuan.
  • Sebelum memasukkan anak ikan ke dalam kolam, air hendaklah dipastikan telah HIJAU
  • Beli Anak Ikan Yang Aktif Dan Sihat Sahaja.
  • Jangan beli jika terdapat keputihan pada anak ikan
  • Jangan beli jika kepala ikan lebih besar daripada badannya dengan ketara.


TERNAKAN LINTAH KOMERSIAL(POLYTANK)